Monday, 10 April 2017

JEJAK PENYELAM

Hari Jumaat ,  macam biasa kerja juga. Aku Robert, Haslam dan Badar bergerak Kudat Sabah. Kami buruh saja tukang kikis teritip kapal. Brg semua dah siap dalam kereta dan terus gerak ke Kudat.

Kudat ni tak la jauh sangat macam Tawau, Lahad Datu dan Sempurna cuma dalam 3 jam saja dari KK. Sampai saja di Kudat kami pon pergi Restaurant mamak nama Zam Zam dan terus melantak. Boleh la ada sedap makan kat situ.

Lepas makan terus pegi ke pengkalan Kudat, turunkan barang masuk kapal. Brg brgnya standard la berat. Angkat punya angkat siap. Pastu rehatlah di cabin. Masa d jetty jumpa pulak Pak Ya, Sian Pak Ya lama tunggu kami, cerita punya cerita pastu lepak lah pulak dgn SM Rosman ketua kapal tu. So dia bawa pegi minum pulak. Murah rezeki SM belanja minum petang. Amin. Rakan selam kudat pon ada juga si Jaini, Erween dan Hamilton. Seronok jumpa lawan yg lama tak jumpa lepas sama2 kursus suatu masa dulu, baru jumpa balik.

Esok paginya Aku ngan Jaini pon siap sedia nak tengok dulu bawah kapal tu apa nak buat, air pulak peergh berminyak gila dah lah aku pakai suit baru hmmm apa boleh buat cuba nak nengok dulu anak buah nak kerja bawah tu esoknya. Sangat berisiko tapi org yg paham je tau risikonya yg tak tu biasalah alam dia.

Masa turun pagi tu dari BURITAN kapal aku ngan jaini pon selamlah bawah kapal tu, turun punya turun ke bahagian proppellar nah kau gelap gulita makin masuk makin gelap. Elok je ulo air lalu depan muka. So dah nampak keadaan aku ambik lah gambar. Mintak maaf lah mana aku nak anak2 buah aku kerja dalam keadaan gelap gelita mcm tu minyak lagi kang apa apa hal aku jugak menanggung walau aku hanya PENGIKIS TERITIP. Tak apa lah itu pun kerja juga mintak berkat lah.

So dah naik aku pon persiapkan rancangan kerja bebudak utk esok, yalah walaupun hanya pengikis teritip segalanya perlu professional memandangkan kerja ni bahaya dan berisiko. Penyelam kerja perlu mengatur emosi mereka, kena fokus pada apa yg hendak dilaksanakan. Persiapan fizikal dan mental sangat sangat penting. Kenapa? Sebab nyawa tak ada jual kat Imago ka GM Kelang ka atau Kenanga Whole sale. Hanya yg berpengetahuan memahami mana yg bengap tu tak di nafikan lah dah lah bengap, bangang lak tu. Saja saja kepala hotak tak berfikir.Tak apa lah yg penting segala ciri keselamatan perlulah aku titik beratkan sedaya dan seadanya sebab bukan aku je ada anak bini girlfriend bagai, mereka pun ada yg menanti dirumah untuk dibelai dimanja mengharap kepulangan mereka.

Dah siap saja inspection lokasi kerja tu dgn apa yg perlu di buat aku pon dgn jaini di bantu Pak Ya dan rakan rakan lain basuh dan jemur segala equipment selam.

Habis je kami duduk sekejap buat o group bincang segala utk persiapan esoknya. Syukur alhamdulillah selesai tugas hari pertama dan segalanya selamat.

Tengahari juga baru abis, pastu aku ngan kengkawang pegi lepak kedai minum makan bagai. Abis je makan balik cabin tido, penat wey. Petang pulak aku tak buat apa sebab mlm tunggu Bos pengkalan tu ajak makan. Murah rezeki bos tu, amin. Tepat jam 1930hrs Bos pon jemput D Jetty bawa makan d seafood. Borak makan borak makan dah tu balik kapal rehat ws tido.

Besok paginya semua dah standby. Briefing bagai sambil sarapan dah tu terus kapal berlayar cari tempat selamat dan lebih jernih utk bekerja. Baguslah buat kerja kat tempat lain sebab memang tak selamatkan kat perlabuhan tu.

Kapal bergerak ke satu tempat yg di kenali dgn nama Mariner Kudat, resort kot, macam. Argghhh mana aku peduli kepala otak mikir kerja yg nak di buat.
Sampai di siti kamu berikat di satu jetty pemunggahan. Agak terang airnya, tak lah berminyak dan kabur sangat mcm pengkalan tu tadi. Semua siap sedia mcm biasa aku akan turun dulu diikuti pak ya dan jaini, kami pun menyelam dan masuk kebawah kapal.

Satu jam lima minit kat bawah tu dgn ambik gambar dan periksa apa yg patut.
Sejuk betul air masa tu, asyik krem je kaki. Apa pun tu tak apa aku kerja. Seterusnya dah naik turun lagi aku,  haslam dan Hemalton sambung bahagian seterusnya. Satu jam lebih juga.
Habis terus naik dan makan. Lapor penat dan mcm mcm benda.

Habis makan rehat pastu sambung balik kerja hingga lah petang. Alhamdulillah selesai segalanya. Penat wey, bukan senang sambil menyelam ni nak bekerja. Kalau kat darat ko penat leh la duduk2 tapi kalau menyelam ni cuba lah rasa, walau "Hanya Pengikis Teririp".  Dgn Elaun RM100 tu syukurlah kami.

Abis je semua tu kami pon rehat. Dan terus dibawa kapal balik ke perlabuhan kudat. Syukurlah semua selamat dan kami pun riang ria muda mudi. Penat tu masih ada tapi dgn pelbagai celoteh serta gurauan antara kami kepenatan itu tak terasa. Abis sampai siap kemas barang mandi dan segalanya aku ngan kengkawang pun rehat dan janji ngan Pak Ya makan malam di Tg , nasik ayam penyet.

Esok nya pulak tinggal satu lagi kerja pasang tali sauh utk menahan bot2 kecil.  Sama jugak kena selam juga dan buat kerja sehingga selesai.

Siap sedia aku ngan Jaini nak buat pemeriksaan bot hari pertama . Pak Ya pulak attendant kami hari tu.

Ni Dah Diburitan Kapal nak masuk bawah tu air berminyak serta kabur.