Pagi 0630hr, Dah siap sedia untuk mendaki Bukit Padang. Bukit Ni tak la jauh dari kepayan, lebih kurang 10 minit saja. Tepat jam 0730hr dah sampai di kawasan letak kereta. Hari ni aku sorang, Wan Kecik pegi Labuan, ada urusan kateko.
Sesampai je cam biasa setiap aktiviti nak buat kena lah warming up, tak lama ambik la dalam 10 minit, tarik segala urat dan otot tu supaya tak la cedera. Perghh awal awal dah pemandangan nya sangat dasat. Hehehe.
So, mula lah berjogging menuju tangga kaki Bukit Padang ni. Ya pemancing juga perlu Fit bukan ahli sukan atau unit unit khas je, semua org perlu fit. Sebab tu ada program Trim And Fit, mengekalkan segala kecomelan dan kecergasan.
Selepas satu round Jog maka mulalah mendaki bukit dgn menaiki tangga dan jungle track kateko. Ramai juga pengunjung disini dan popular juga utk aktiviti bersenam. Nama sebenar tempatnya Taman Tun Fuad Stephen.
Mula nya laju je lari manjat pastu mula perlahan sebab biasalah ada org kat depan. Track pulak sempit, kalau org tua depan laju je potong , tapi kalau ehem pandai slow pulak di belakang bukan apa, penat kena lah slow sikit, ambik nafas.
Bukit ni ada beberapa peringkat, tak silap ada 4 peringkat dan tracknya pon pelbagai. Ada yang senang, ada yg sederhana dan ada juga yg Hardcore.
Sebagai Pemancing yg hensem lagi berwibawa aku lalu Hardcore lah, saja menyusahkan diri.
Lebih kurang 4 minit dah sampai tangga kayu, curam jugak, so panjat punya panjat sampai la atas. Peluh wey. Boleh tahan.
Sambung panjat lagi sikit puncak Bukit tu maka ada lah tanda Aras ketinggian atas tu. So sapa nak ambik gambo sila lah.
Dari Atas Bukit Padang ni boleh juga nampak Gunung Kinabalu dan Bandar KK. Untuk kesihatan fizikal kalau rajin, naik lah Bukit Padang Ya. Percuma je.
Jalan turun pulak ada lima Track dan ada track yg aku buat sendiri. Buat sendiri tu sebab sesat sebenarnya al maklumlah org air naik bukit. Walaubagaimanapun Perjalanan turun juga seronok. Udara bersih segar. Tenang fikiran.
Dah tak ada apa aku nak cite korang karang naik lah sendiri. Pemandangan menarik juga tu. Rajin je. Dok umah je boring jugak kan haa, pepandai lah ye.
No comments:
Post a Comment