Lepas Raya, program mancing dah dirancang awal dgn Wan Kecik. Seawal 5 pagi dah kami berdua bergerak ke Labuan. Si Awg Bubuk dah tunggu ,Jack pula mcm biasa berada di lokasi strategik.
Setelah 2 jam dalam perjalanan ke Menumbok dari KK kami berdua pun sampai ke Terminal Menumbok. Hangkut segala perkakas dan Wan Kecik pula beli tiket. Naik speed bot lam 20 minit sampai Terminal Labuan. Jack dah siap tunggu di terminal, tak buang masa loading brg lam keta Jack pastu Bee Hoon Sup Ikan Labuan Dulu. Layan Beb, sedap memang sedap. Kedai aku dok berjaga dulu semasa betugas disana.Awal pagi dah muka aku dulu kat kedai tu. Sup Ikan dia unik resepi tersendiri. Kalau ke Labuan biasanya org akan cuba Bee.hoon sup ikan tu.
Dah layan semangkok sorang kami pun bergerak ke Layangan pegi rumah Awg Bubuk. Cari di rumah tak ada pulak rupanya dah tertido si kawan bawah pokok ru tepi pantai tu, punya sadap angin pantai layangan. Teduh sunyi bunyi angin je. Mana tak terlelap Si Awg Bubuk.
Tepat jam 0930hr kami terus menuju ke lokasi popping, tempat monster kata Wan Kecik so standby lah aku yg monster spec. Mana lah tau ada monster.
Popping lokasi pertama mula sunyi dan tak lama lepastu kaboom tapi tak sangkut. Cuba Lagi ubah sana ubah sini dan akhirnya Wan Kecik kena letop, maka beraksilah dia dgn GT nya.
Seyum kawan kena GT, puas hati melayan GT memang seronok. Nak pujuk GT ni kena Sabar, liat bila ada arus kuat, dah tu kawasan pulak berbatu maka kenalah berhati hati. Tak lama pastu aku pulak tapi bukan gt tapi Barracuda. Layan juga lah janji ikan. Sedap tu kalau sup ikan. Puas dah dengan Jigging ngan popping nya tepat jam 1630 kami pun kepinggir utk bersiap dan bergelak pulang.
Angin dah mula pelik awan itam dah penuh dilangit. Nasib baik kami balik awal, kalau tak memang goyang dumang lah balik. Lepas cuci semua equipment pancing saya dan ezwan bergerak ke terminal Labuan. Mula Wan sebut bit laju utk balik tapi aku ajak naik ferry sebab keadaan angin mcm tu tak sesuai naik bot laju walau kita tahu mereka mahir tapi malang tetap tidak berbau. Kami ke terminal ferry kereta. Bapa Si Awg yg hantar. Beli tiket siap terus naik ferry. Lapar gila. Nasiblah ferry Labuan ni ada kedai makan so apa lagi maggie lah layan ujan2 ni. Lebat sungguh ujan. Memang ribut lah, kalau pakai bot laju tadi tah macam mana lam bot tu. Bot laju memang cepat sampai tapi dari segi keselamatan baik naik ferry kereta jauh lebih selesa dan selamat. Tepat jam 1800hr Ferry dah gerak. Nasib lah aku pakai baju tebal sikit tak la sejuk sangat.
Tak boleh dudok dalam kena duduk kawasan tepi bahagian bridge tak tahan sejuk. Gila2 sejuk. Disebabkan ada maggie cup maka layan lah sebaiknya dgn kopi panas. Perghh apa je sedap di laut. Sambil borak tak abis kisah GT Dia aku layan je lah. Org sonok naik GT lah katakan. Mcm mcm dibual tak sedar dah 2 jam bergerak. Tau2 dan nak merapat terminal menumbok.
Bila dah sampai menumbok aku dan Wan Kecik pun gerak ke parking masuk semua equipment dan bergerak pulang ke Kota Kinabalu. Puas hati dgn setiap trip. Keseronokan bukan mancing sahaja tapi hilang tekanan kepala ringan tenang. Itu lah mancing, bukan nak ikan sangat pun, cuma nak rehat minda dan jiwa. Pasni kami ada pulak pojek lain fan masih atur utk trip selanjutnya.
No comments:
Post a Comment