Saturday, 5 August 2017

Jejak Kapal Layar

Seawal Jam 12 malam, aku dah ada kat airport tunggu flight nak ke KK. Flight aku jam 6 pagi aku kena pegi awal sebab tak mahu anak ngamok, biasalah budak yg istimewa bukan senang nak fahamkan dia, susah mamanya nanti kalau ngamuk ngamuk driving. Di Airport pulak perghh sejuk gila,  aku pula pakai t shirt nipis je layanla sampai pagi dan jam 5 aku dah masuk balai berlepas. Tepat jam 0605hrs pesawat pun berlepas.

Jam 0735hrs sampailah aku kat airport KK. Bergegas keluar keta ambik dan terus pecut ke Kudat. Ada kerja nak buat, pantau Kapal Layar katanya. Apa apa lah janji aku kerja, buat benda patut. Dalam perjalanan hati masih terfikir mcm mana org bujang aku tu sedar dari tidur memang mengamuk tapi apa boleh buat kerja tetap kena laksana. In Sha Allah tak lama lagi bersamalah kami sekeluarga. Tak tahan dah org rumah aku sorang2 handle semua ni. Jahatnya aku.

Jam lebihkurang 1030 pagi aku dan Nuar sampailah Kudat. Abg Dino dah siap tunggu dan ajak makan. Layan ayam penyet cam biasa. Borak borak semua perut pun dah alas so aku pun berlepas ke Kerakit, kawasan Pulau Bangi Kudat. Cantik tempatnya. Masa tu semua kapal layar dah berkumpul di situ. Banyak jugalah 13 buah semuanya. Kerja ni pulak   gabungan agensi keselamatan ada polis ada tentera ada mcm2. Masa kat kerakit tu aku duduk lam kapal kelas PLC memang selesalah ada kemudahan pelbagai, syukur anggota dan pegawai yg terlibat dalam kapal tu semua ok.

Keesokan harinya kami pun bergerak ke Jambungan perjalanan pada jarak lebih kurang 22 Batu Nautika. Ikut buntut kapal layar dan tau tau lah berapa laju saja kapal layar ni. Paling Paling pun 5 knot. Dgn kelajuan ini maka aku yg naik bot tempur perlahan lahanlah menyusur bot yg dibelakang Sekali. Dah tau 5 knot maka keluarlah reel dan joran aku menunda gewang RAPALA Magnum Ireland aku tu. Dari kerakit hanya patukan sahaja tak lekat apa apa. Lintas pulak satu pulau yg mantap namanya. Pulau Mandi Darah. Aku tanyalah ngan otai bot kenapa pulau tu namanya Mandi Darah, so brother ni pon ceritalah kisahnya ada suatu ketika dulu sultan dan permaisuri mandi dan bersantai di pulau tu. Sedang mandi manda di pantai pulau tu tiba tiba permaisuri tu datang bulan masa mandi laut dan air bertukar merah so kejadian tu yg menyebabkan pulau itu dinamakan Pulau Mandi Darah. Ini cerita brother lah kesahihannya kenalah jumpa lagi pakar sejarah kot kot ada fakta lain.

Sampai Di Jambungan semua kapal layar pon berlabuh di kuala Jambungan. Kalau kaki cari Black Bass tau lah kat mana tu. Dalam kuala tu pula Paitan nama tempatnya. Popular bagi pemancing yg nak cari kanai atau Black Bass. Bila semua dah berlabuh kami pun rehat dan malamnya berbincang utk perjalanan selanjutnya. Perlayaran kami akan menuju ke Pulau Selingan di kawasan Sandakan pada keesokannya.
Dalam bot PLC memang kenyang gila beb. Tak putus makan. Sedap2 dia org masak dan tersandar gorila dibuatnya.

Esok pagi jam 0700hrs kami meneruskan pelayaran ke Pulau Selingan , jarak 42 Batu Nautika dari  Pulau Jambungan. Dengan kelajuan 5 Knot memang masak lah. Jadi bagi menghilangkan bosan aku pun pasang lah setting trolling lagi. Sambil borak2 dan pantau sekitar kawasan  kawalan. Dalam pergerakan melalui Pulau Beliean Joran disentap rakus, membengkok Rod Sure Catch Chugger aku tu. Maka layanlah tarikan ikan. Melawan gila, mcm aku pernah rasa dan aku dah agak tenggirilah ikannya. Berat jugak, so Alhamdulillah ada juga lauk kami makan ramai ramai mlm nanti.

1545hrs sampailah kami di Pulau Selingan. Cantik tempatnya. Itu pun kalau org boleh nak sampai santai. Setelah semua dah anchor maka berehatlah dan atur segala yg patut. Masa makan yg ditunggu, apa tidaknya tenggiri kari beb, chef bot PLC steady.

0700hrs dgn malam nya hujan tapi paginya Alhamdulillah kami pun meneruskan pelayaran ke Sandakan. Perjalanan yg sedia maklum perlahan tepat jam 1145 kami sampai Pulau Berhala dan masuk ke Sandakan utk berehat beberapa hari.

Pergerakan yg lama dan perlahan akan tetapi tetap menyeronokkan. Dari fasa pertama ini aku kagum dgn semangat pelayar pelayar ini. Borak dgn  mereka berkongsi pelbagai cerita. Bayangkanlah mereka pelaut yg berlayar 7 lautan, banyak ilmu serta pengalaman yg mereka kongsikan. Mikasasukasa ertinya Rumahku Rumahmu baru aku tahu lepas borak dgn pasangan Mexico tu. So pasni haraonya pelayaran bersambung dgn jayanya. Amin Ya Allah.

Suasana Pagi di Kerakit
Tenggiri Lauk Kari
Skodeng Kapal Layar

No comments:

Post a Comment