Malam tu aku lepak dgn Gab lepas balik dari cuti. Ya aku cuti, aku nak rehat segala, banyak benda penting kenak aku uruskan itupun belum abis lagi, masih diusahakan.
Tengah borak Gab suggest kwn dia yang ada bot utk aktiviti mancing, so aku pin hallo lah buddy Wan Kecik ajak test kawasan laut Kk yg kami gelarkan Imago dan Suria Sabah. Wan Kecik on je. kami set 0630 tunggu d Jetty Suria Sabah.
Dah set dah ngan bro tu pasal bot then kami pun turun ke laut. Sebelum tu singgah dah di gerai Kepayan, beli nasi lemak dan bee hoon goreng. Perut lapar dan bekalan utk kedarah lam bot sebab tak sempat apa pun. Brg pancing semua masuk bot dan kami pun gerak ke Kawasan Gayana Resort.
Memang anak ikan frenzee pagi tu apa lagi mulalah aku dan Wan Kecik layan jigging. At first aku tak jangka kawasan tu potential tapi atas usaha nak tahu juga spisis apa menghuni kawasan tu kami terjah jugak.
Dalam tempoh lebih kurang 15minit jig aku di sentap, drag menyanyi cantik dgn sabar aku karau set G Max Black Spider dgn setting Lemax No Escape beserta tali Stren 30lbs yg Pak Mukhtar tlg aku beli dulu, masih tahan dan boleh digunakan.
Tenggiri naik, tekong pon sound, "Eh ada tenggiri juga sini" well aku blur jap. Lam otak how come?. Tak apa lah Rezeki Allah. Syukurlah ada juga ikan sudi.
Selepas ikan dinaikkan aku dan ezwan terus melenguhkan bahu dan tangan. Still lepas 30 minit masih tak ada respond. Dah keadaan begitu kami pun bergerak ke Kg Di Pulau Gaya beli ais takut ikan tak elok. Armi budak tekong tu pon nak beli air so kami rehat sebentar di Kpg Pulau Gaya.
Selepas lebih kurang 20 minit di sana kami berpatah balik ke port tadi. Masih no respond. Armi pon ajak pegi ke satu unjam di Port Tun Mustapa. Sampai saja di situ kami pun mulakan balik jigging. Mula sunyi tapi bila baru saja nak ubah tempat , drag reel Wan kecik kena noda.
Pecutan nya memang memberahikan, set AP Power layan lah rod lak ala ala manja.Hasilnya pula seekor tenggiri juga. Apa lagi muka Wan Kecik dari muka tak puas ati ngan aku naik dulu terus berubah dan mula bersuara hahahah.
Syukurlah besar juga tenggirinya. Bot pula siao ada lagu rock kapak di sediakan ileh tekong. Next time biar dangdut, syok layan slow pitch jiggibg irama dangdut. Setelah lama kat area tu dan tiada lagi noda noda dirasai maka kami bergerak ke satu kawasan teluk di belakang pulau gaya. Sampai jam 12 kami di situ. Tak ada nodaan sangat sunyi. Apa pun kami jumpa sorang kawan baru Alif org situ jugak. Mamat ni pun jigging, wa tabik sebab dia ni solo runner ala Kptn Weagen. Solo je dia layan. Armi kenal dgn dia so kami berkenalanlah di Laut. Setting mamat ni memang halus mejoriti dia bawa popping dan light jigging. Dapatlah beberapa maklumat tentang tempat tu.
Kami tak dapat apa kawasan tu dan kekurangan beberapa alatan navigasi mengurangkan panduan kami utk mencari spot yg berkesan. Hanya berharapkan kumpulan anak ikan dan burung menjadi panduan kami memang sukar. Keadaan angin mula berubah pada jam 1140 pagi so kami patah balik spot Tun Mustapa. Dengan mencuba balik di spot tersebut masih juga sunyi. Setelah melihatkan keadaan angin dan langit berubah aku pun ajak mereka balik. Paham paham sudah, safety first.
Sampai saja di Jetti yg tak sampai 10 minit pon kami punggah segala. Aku dah sound Wan kecik, Sabah Karatang, apa lagi kalau dah sebut tu kami pun melantaklah kat situ. Dalam bot dah layan nasi lemak, kat darat tak peduli pon nasi lemak tu tapi bila makan di bot pergghh sedap pulak rasanya, bagai nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru KL rasanya tak termasuk rasa kepala aku terhantuk kat atap gerai tu. Itu sakit. So Bee Hoon Sup Ikan isi karatang peerghhhh mangkuk bagaikan cebok, pecoh perut nak. Muka Wan kecik dah macam muka keratang ngabis semangkok tu.
Nasib baik balik, nyata jangkaan ku hari hujan dan angin kencang. Ngam juga kita balik kata Wan Kecik, kalau tak balik aku tau dah apa jadi ngan ko.
Abis je layan sup ikan kami pun bergerak ke Kepayan dan Wan Kecik senyum je bawak tenggiri nya naik quarters seko lagi aku pesan bagi kat Cik Lie, skuadmate aku, lama dah dia nak ikan tak juga dapat, rezeki dia lah tu.
Dah balik umah Cik Lie tepon, siap soh gi rumah mlm nya sebab dia nak buat kari ikan tenggiri dan Wan kecik sekali dia ajak. Nah Lepas makan malam aku hehehe. Tq Cik Lie. Sedap kari masakan isterinya. Patutlah Cik lie kayuh mcm mana pun basikal dia tetap sama keadaannya.
Trip ni agak simple sekadar menenangkan fikiran. Syukur Allah SWT beri rezeki tak putus2. Alhamdulillah.
Kegembiraan dalam hidup bukan ditentukan oleh org lain tapi dari diri kita sendiri. Yang penting bersyukur dgn apa yg ada dan menghargai antara kita manusia. Wassallam.
No comments:
Post a Comment