Sunday, 13 August 2017

Jejak Kapal Layar 2

7/08/2017, lepas beberapa hari berada di kawasan pengkalan Sandakan aku pun meneruskan penugasan Sail Malaysia 2017. Daripada Bot PLC kami escort kapal Layar ke Kuala mumiang setelah selesai aku masuk pula ke PA11. Sm Salman dan crew meneruskan tugas rondaan mereka. Terima Kasih buat OC dan Crew PLC2, penat lelah mereka sentiasa memberikan komitment tugas yg sangat cemerlang. Petang tu aku berkenalan pula dgn OC bot PA11 SM George, first time aku nampak dia di KK mulanya. Tegur tegur gitulah, tapi bila kenal steady juga org nya. First Impression dia memang kemas, org lama sangat jauh berbeza disiplin mereka. Bila aku masuk saja bot dia, aku tak heran, seperti dijangka jika penampilan OC botnya sudah kemas begitu juga botnya sangat sangat kemas dan bersih. Pembantunya pula Kpl Azis Dan Ketua Jentera KPL SI Wahab, ramah dan periang. Disamping itu juga sangat marvelous masak KPL Azis ni. Tak payah lain Nasi Ayam masakannya rasa macam aku makan kat restaurant SFC Singapore Chicken Rice. KPL  SI Wahab pula memang aku dengar sama kaki pancing. Dan bila aku borak2 sah adalah kawan aku berjaga malam.

Pagi 8/8/2017 jam 0630hrs kami bergerak menuju perairan Kuala Kinabatangan. Masa penugasan ini Fleet Kapal Layar pula masuk di Kuala Mumiang utk ke Abai dan Sukau. Rombongan Kapal Layar Org org putih nak tengok gajah dan segala hidupan liar kawasan tu. Aku pula dengan crew PA 11 berkawal di perairan Kuala Kinabatangan.
Malam pertama kami membuat rondaan sekitar kawasan tersebut. Ya lah segalanya kena berjaga jaga dan setelah selesai rondaan kami berlabuh di kawasan Royalist Reef.

Lepas makan dan menunaikan apa yg patut aku dan SI lepak di buritan Kapal. Sambil lepak apa lagi henjut2 lah pancing. Dari masa kesemasa aku melihat sekeliling, SM dah set Radar Radius 3nm dan set alarm bagi mengesan sebarang pergerakan mana2 objek menuju ke Arah Kapal. Anggota bertugas pula mundar mandir dari bridge dan wheel house. Itulah rutin mereka.
Banyak ikan SI dapat mulanya, semangat senyum sampai telinga. Kopi yg kami layan pula Perghhh dahsyat. Kopi kelopak Mata Koyak. Susah tido dibuatnya dan betul2 KAW.

Makin malam makin menjadi, banyak juga dpt mlm tu, rezeki Wan Kecik, baru dia sebut ikan lepih nah lepih naik juga beberapa ekor. Aku simpan lam freezer utk bawa balik bagi Wan Kecik.

Jam 0545 pagi matahari dah mula naik. Aku mcm biasa masa ni memang capai joran utk jigging. Tempat tu aku memang kagum, ada spisis game fish yg sangat dicari cari ku selama ni cuma masalahnya set yg ku bawa tidak bersesuaian dan assist hook pula tertinggal di rumah. Nasib ada jig2 lain ku bawa. Masa jigging nah 3 jig direntap tapi tak dikembalikan. Yalah assist line yg ku pakai pun yg biasa. Yg power aku tertinggal. Tak apalah, janji aku dah tau kelebihan kawasan tu. Next time memang aku akan bawa secukupnya bahan In Shaa Allah.

Semasa berada di kawasan Kuala Kinabatangan sempat juga aku singgah di sebuah Kg. Nama Kg ni Tundubuangin, pendudunya tak la ramai dan agak terpencil tempatnya. Terdapat post PGA berhampiran, masa sampai aku lihat sibuk tukar troop. Memang tak ada jetty yg sempurna utk kapal besar mcm PA dan masa singgah kami merapat sebelah bot ikan yg berada di jetty kayu kawasan Kg tersebut. Ada satu kedai aku pegi milik org kg tu yang berbangsa cina, kedai runcit yg agak lama dan brg juga limited. Sempat juga lepak dgn taukeynya dan ada juga borak dgn org kg. Siap cerita lagi pasal lubok Black Bass Sri Ganda. Sri Ganda pula atas sikit dari kawasan tu dan memang tau dah kat situ memang lubok ikan tu. Aku nak bawa Wan Kecik jelajah satu port baru di kuala tu yg pakcik tu cerita pasal Kanai sangkut jaring dia berat 6 kilo maka team siasatan akan turun hahaha.

Setelah berada di Kg tu lebih kurang 30 minit kami pun bergerak menyusuri kawasan tersebut. Pemandangan cantik dan terdapat sebuah kawasan resort yg dijaga oleh pihak perhutanan. Dan ronda ronda kawasan kami pun berlabuh di Kuala. Line tepon memang tak ada, hidup aku rasa sangat tenang, tak ada bunyi tepon masuk ws bagai. Yg on Girn dan RMP saja tu yg penting.

Setelah berada beberapa hari di situ maka sampailah kapal layar yg menyusur sungai dari Abai dan Sukau. Sampai saja mereka berlabuh di kawasan Sg berhadapan Kg Tundubuangin. Bila sampai saja dia org maka tugas kami menjadi lebih sibuk. Mana tak nya org putih merayap tak tau org lain menyelinap. Cuma sekadar berjaga jaga.

Petang tu bila dok berlabuh dan buat kawalan keselamatan di kawasan tu datang Mike dan Jully dari Kapal Layar bernama Sirius naik ke bot kami. Dua org pasangan ni merupakan org yg menguruskan program dikalangan pelayar tersebut. Masa tu pulak aku ngam ngam tengah adun tepung buat cucur udang.

Jadi aku jemputlah naik dan duduk di bridge atas. Ada meja kerusi senang bincang mcm mcm. Crew kapal hidang la kopi dan cucur udang. Sonok omputih makan cucur udang. Suka dia org. Very Nice kateko. Abis perbincangan  Mike dan Jully dia org pon balik ke Kapal Layar dia org. Gila wey kapal dia org bukan calang calang. Petang tu dia ajak ke Kapal Dia pulak dan aku bawa SM George ke Kapal Layar tu. Lepak la kejap.
Dia banyak cerita jugak yalah org sok jumpa monyet ,buaya , spider bagai yg kita ni peduli pon tidak benda tu. Layan lah tetamu seronok dia org seronoklah kita.

Malam pula dia org Kapal Layar ni bertugas juga berkawal dikalangan kapal Layar dia org. Omputih bai jauh cara dia org bila buat program. Semua dia org plan baik. Jadual tugas dia org menarik dan boleh kita belajar cara dan pengalaman dia org. Setiap 2 jam aku kena jawab radio dia org. Asal Tukar shif dia org akan maklum kita.

Untuk tugas ni aku abis kat kawasan ni. Esoknya lepas escort dia org keluar Kuala Kinabatangan kami balik ke Sandakan. Aku nak buat benda lain pulak. Sarapan pulak dah plan dgn Encik Azis buat nasi lemak sambal sotong. Awal lak tu sebab pergerakan awal group kapal Layar tu. Jam 2300 aku dah tumis bawang bagai buat sambal. Razif pulak rebus telo, Safri tu lak goreng bilis kacang dan Master Chef Azis buat nasi lemak, Shamsol duty masa tu. Awal kami siap, jam 0500hrs semua dah hidang. Sarapan siap awal utk penugasan akhir dlm program tu. Crew bot laju pun ada jadi semua makan sama.

Abis sarapan aku call Jully melalui radio, dia org dah siap nak gerak dan semua kapal layar dah berbaris menyusur keluar kuala. Last ku dengar suara Mike dan Jully pagi tu, dan aku pon bagi tau yg kami tak ikut ke Tambisan dan akan pulang ke Sandakan sebab selesai tugas. Keluar sahaja dari Kuala kami pun tukar haluan ke Sandakan dan dia org menuju Tambisan.

Aku bersyukur dapat bertugas dengan  dua kapal ni PLC2 dan PA11 tak lupa juga PSC57, Adal Kudat dan RH55. Kerjasama dan layanan ketua bot dan crewnya sangat memuaskan. Kalau lama lagi alamatnya aku akan kembali mengembang bulat perut mcm dulu. Tak putus makan. Masak memang sedap2. Terima Kasih kepada semua yg terlibat dan ini merupakan antara penugasan terbaik kerjasamanya semasa penugasan. Moga  mereka semua sentiasa dipermudahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT.

Tenang je ku tengok matahari pagi nak terbit sayang kena tutup awan tapi cantik.
Hasil Pancing Pancing
Nasi Lemak Sarapan pagi
Lepak ngan Mike dan Jully Dalam Kapal Layar Sirius

No comments:

Post a Comment