Friday, 17 March 2017

Jejak Cuti Sekolah

Disebabkan hari ni aku cuti dan beberapa benda aku kena buat so aku pun taip la sikit kat blog ni. Ya masa cuti sekolah mcm ni memang bagi ibu bapa agak pening kerana masa ni lah yang berkejaya tengah pening fikir mana nak hantar anak masa cuti sekolah. Bagi yg dapat cuti ya lah tak la masalah sebab boleh melancong boleh duduk rumah dengan anak anak tak timbul masalah cari org jaga anak.

Apa pun bagi yang berkeluarga ini asam garam kehidupan. Nak tak nak kena buat juga. Yang cuti pon bukan sepenuhnya rehat tetapi kerja rumah tetap menanti. Masak, kemas rumah, cuci keta, longkang, potong rumput semua itu pasti menunggu. Org kebiasaan ini yang di hadapi semasa cuti sekolah. Tak semuanya boleh enjoy rehat dan sebagainya. Ada pun boleh la sekejap duduk resort bawa budak budak mandi laut, kolam renang dan sebagainya, apa org putih kata Quality time gitu ye dok.

Masa untuk sendiri sebenarnya memang kurang. Masa kerja dah satu hal bila cuti pula satu hal. Pengorbanan lah katakan. Apa pun buat saja selagi bernyawa. Penat memang penat tapi ada keseronokannya juga, ya sebab bagi aku masa sekarang memang kena betul bagi masa. Kerja kalau di lapangan bersama keluarga lain, tapi bila keluarga ke lain ko kelain, masa balik ko kena imbang lah penat bini tu. Org pempuan letih sian dia org, ko training cukup so ini juga gunanya training gedabak gedebuk, jgn tangkas di medan perang lembik di medan mahligai hahahah jgn marah bang. Apa kita mampu kita buat. Never say no. Bagi org2 yg High End pun sama gak. Ingat cuti tu cuti sangat ka. Masa tu lah business deal sana sini, ibu kelain Ayah kelain dan anak pula dgn pengasuh. Ibu bapa mcm ni bukan tak peduli anak bini tapi utk anak bini jugak dia org begitu.
Tak heran ini kehidupan sekarang.

Apa yg menjadi persoalan kita sekarang, perkembangan generasi akan datang. Anak anak tidak lagi main di bendang tak lastik burung tak mandi sungai, mandi pun sampai jadi kes lain pulak, semua dengan I Phone, Smart Phone, dan perphone pon dan tah apa pon. Budak umur 2 tahun tab dah kehulu kehilir, 6 tahun panggil soh makan boleh jadi hilang akal hanya kerana game boleh mengamuk tak tentu pasal. Apa dah jadi?. Ciptaan Yahudi memang lah selalu di persalahkan. Tapi kita juga yg beli bagi kan. So sekarang benda ini perlulah dipantau segera. Tengok lah kes kes sekarang, pelik pelik yg melibatkan remaja. Amat merisaukan. Kalau kita tak ambil tindakan segera takut kemudian hari kita menyesal pulak. Bukan tak bagi dia org kenal alatan canggih tapi kawalan sangatlah perlu. Lapangkanlah masa yg ada utk anak anak selagi ada peluang dan masa.

Ingatlah saya memesan diri sendiri dan pelawat blog ini. Biar kita letih sekarang, takdir akan datang biarlah baik baik dgn ada juga usaha kita. Wassallam.




Kolam Bebudak Pon Jadi.

Tuesday, 14 March 2017

Jejak Senja Bahuan Crocker

Penugasan yg memenatkan, out station selama 9 hari di Tawau dan Sempurna. Aku, Nuar Pait, Badar dan Rasit dah menyusur Jalan Kalabakan ke Kenigau lebih kurang 5 jam. Sesampai saja di Keningau Si Pait tiba tiba je berhenti di Gerai tepi jalan, nak beli air katanya. Dengan tiba tiba berhenti dan belok aku tak fikir air yg di kejarnya. Sampai je gerai tu aku pun dah agak. Tiga sumandak dah ada beli barang depan gerai tu. Pait ngan Badar terus terjun, bukan keluar kereta lagi tapi terjun, Ya terjun,istilah dimana ko tak ambik masa banyak buka pintu terus beli air konon nya. Lantak kau la Nuar, itu je boleh buat mata ko sego.

Air pon soya je sebotol, lakon layar dia pulak perghhh, ya lah pasal benda ni memang lah anak buah ku pakar, beli air lah sangat. Aku pulak meluruskan pinggang, double cab jalan lobang lobang paham je lah.

Lepas je abis 'beli air', Kami pon mendaki crocker menuju Papar. Dalam perjalanan kami singgah di Pejabat Taman Banjaran Crocker, disitu memang agak sejuk, maklumlah tempat tinggi.

Pejabat Taman Banjaran Crocker

Disini kami berhenti seketika utk ke tandas. Sejuk sepanjang perjalanan memang menyebabkan rasa nak kencing tu tinggi.
Setelah selesai urusan kekencingan kami pun meneruskan perjalanan kami ke Papar. Dalam perjalanan ini kami singgah pula di satu resort bernama Dimie Pedalaman Resort.



Ini Resortnya.

Yang menarik pasal resort ni adalah kedudukannya menghadap Barat yang mana ia terletak di lereng yg tinggi serta berkedudukan setentang dgn matahari pada waktu ia hendak terbenam. 

Sampai saja disini aku suruh Nuar berhenti sekejap. Subhanallah. Bukan saja di dasar lautan, Segala isi bumi itu ada keindahan dan kecantikannya yg tersendiri. Inilah yg membuat aku terpesona semasa berada disitu.
Keindahan ini rezeki.

Matahari yg terbenam sedikit demi sedikit menenangkan jiwa melihatnya. Pada jalur barat ini ada juga yg menanti keindahannya disana.

Kami semua sibuk ambik gambar, macam pelancung la sangat. Yang ambik selfie si Badar sebab dia kata tepon dia je paling canggih. Apa apa lah Badar janji ambik gambar. Selepas sahaja selesai bergambar bagai kami pon teruskan perjalanan. Sejuk sungguh memang tak tahan.
Sesiapa yg nak pergi di sini tak lah jauh dari Papar. Cuma dalam 30 kilometer sahaja. Berbaloi. Tenang Fikiran bila berada disini.



Kamera Canggih Konok

Aku terpaksa jauh sikit sebab nanti nampak ganjil sangat kalau dekat2.Tengok muka Nuar tu, lambang kepahitan. Muka letih semua. 

Syukur lah walau kami keletihan dgn tugasan selama 9 hari dan perjalanan yg jauh, tugas yg mencabar, aku dapat rasa ketenangan melihat keindahan disini.

Setiap sesuatu didunia ini ada keindahannya serta kelebihannya yang tersendiri. Bergantunglah pada manusia yg menilainya. Perjalanan kehidupan itu memang pelbagai onak duri akan tetapi disitu juga segala kemanisan serta keindahan akan kita nikmati. 


Monday, 13 March 2017

Jejak Keindahan Alam

Hari ni 12/3/2017, siapkan semua barang. Dalam kereta semua peralatan dan barang peribadi dah di simpan. Perut lapar aku pon pergi sarapan dulu. Biasa lah nasi lemak pilihan pagi ni. Memang penat. Badan rasa layu sangat keletihan. Walau bagaimanapun hari ini kena balik juga ke KK.

Tepat jam 0945hr, aku, Nuar Pait, Badar dan Fahriz @ Rasit pun gerak dari Sempurna Sabah menuju ke KK. Jalan balik juga kami menggunakan jalan Sepulut Kalabakan menuju Keningau dan seterusnya KK.

Lebih kurang 9 hari dah out station, yang kali ni memang sangat memenatkan. Apa pun semua itu kita hanya cari keberkatan. Kerja menyelam ni bukan hanya sekadar org kata main main, seronok seronok tapi risiko yang diambil amatlah tinggi. Bagi yg tiada pengetahuan ya lah, dilihatnya penyelam ni tengok ikan sonok sonok, tengok balat2 tengok karangan, itu pandangan dia org. Bagi kami pula ini tugas, bila tugas aku sebagai ketua aku akan pastikan segala keselamatan org2 aku. Kerja menyelam kami ni bukan saja nak tengok keindahan alam tapi buat apa yg org lain tak buat. Antaranya cari barang kes, cari org lemas, pembaikan dan pemeriksaan kapal kapal kerajaan serta banyak lagi.

Yalah bagi yg faham tu bagus tapi yg kurang faham ni lain sikit pemikiran dia. Dah lain tak peduli pulak tapi biasa la tu. Tak payah nak pening ngan golongan cam ni yang penting aku dan team aku kerja secekap mungkin. Biar nampak main main tapi profesional dalam tindakan.

Sudah dua hari aku Dan Nuar Pait cari barang kes di Tawau bersama Si Rusdin. Kedalaman pula malas aku nak cakap.
Memang agak mencabar dan keadaan tempat tu memang bukan pilihan org nak buat kerja. Sakit juga badan. Laluan Kapal Dagang lak tu. Itu pon kalau org paham. Biarlah Ikhlas. Gelap gila di dasar. Apa pon raba je lah. Tak lama boleh duduk bawah tu. Lebih kurang 10 minit je ya lah kalau leh refill kat bawah lain lah, nak kena kira lagi naik semua udara yg tinggal, simpan lagi utk safety stop dua kali. Itu lah rupanya nak bertahan kat bawah tu. Bukan boleh ko naik terus ke permukaan, penyelam je tau. Perasaan kat bawah tu pulak, kalau nak rasa meh ikut, jgn nak nak meroyan je. Bukan korang tapi ada lah. Syukur lah elaun RM100 nyelam tu, boleh buat isi minyak keta turun kerja. Apa pun mental mo steady, badan mo jaga.

Dah abis kerja kat Tawau tu kami pon ke Sempurna sambung kerja lain. Ada latihan sonok sonok kate ko. Dalam Tugas di Sempurna pula mujurlah Bos pengkalan tu penyelam juga. Masa tugas di sana dua program latihan selam dibuat. Sempurna memang tempat yg terbaik utk menyelam. Aku nak release juga sambil buat latihan. Dah kerja penat bagi aku tak salah, latihan juga. Cantik segala di dasarnya. Bebudak selam pula boleh sentiasa sesuaikan diri. Ini kerja kena selalu latihan kalau tidak tak ada apa ko boleh buat kalau tak serasi terutamanya kawalan pernafasan tu serta stamina.

Selaman di Sempurna memang pada mulanya kami buat asas yg patut dan lepas tu kami juga bergerak mengelilingi terumbu. Hari tu tak lah jernih sangat di dasar tapi ini bagus utk latihan. Masa mengelilingi terumbu nampak ciptaan Allah yg tak ada di Darat. Batu karang Ikan dan sebagainya. Pemandangan ini lah yang menenangkan seketika kepala otak kita. Subhanallah. Bohey Dulang dan Kapalai. Memang Cantik. Sayangnya tak ada gambar yg cantik.Syukurlah dan terima kasih pada Ating, memberi peluang kepada kami untuk menjalankan latihan di sana.

Dalam perjalanan balik mcm biasa lah, lalu laluan gajah. Tapi tak banyak cerita mulanya sebab perjalanan jauh dan semua keletihan. Si Pait mandu pon senyap je mulanya. Badar lentok Rasit pon lentok. Dalam perjalanan balik tu banyak juga tempat menarik kami singgah haa pasni ada gambar. Lalu kat banjaran Crocker ni memang kena masanya akan jumpa benda yg indah. Matahari terbenam yg sangat cantik.
Tenang mata memandang dan tak disangka terbenamnya matahari tu ada keunikannya tersendiri. Matahari tu tahu.

Jadi kat bawah ni aku letak lah gambar sikit menghiasi blog ni. Ini gambar gambar yg ada:






Mentari Terbenam Lambaian Crocker

Tuesday, 7 March 2017

Jejak Marin Resort

Punya lah lapar keluar dari air. Tak buang masa abis settle semua aku ajak Nuar Pait makan. Si Badar pulak on je mana nak menolak bila bab kedarah ni. Apa pun semua lapar. Bila aku tanya Nuar aoa yg best kita bak kedarah harini dia pun sebut nasi gondrong. Mak ai aku baru tau menu tu. Tak cakap banyak lepas siap mandi bagai kami pon ke Bandar Tawau.

Kawasan yg kami pegi tu pulak namanya Sabindo. Sabindo pon Sabindo lah, perut dah lapar. Pusing punya pusing jumpalah sebuah kedai yang bernama Gerai Lelek Nasi Gondrong. Dasat tol nama nya. Bila duduk je di gerai tu aku pon panggil la org nya nak oder nasi gondrong. Sempat lagi tanya nasi Gondrong tu apa. Puas jugak la budak tu explain kat aku. Jadi memendekkan cerita kami oder  tiga. Ada lagi soalan budak tu, mau pedas ka biasa?. Ooo ada pedas ada biasa. So tiga tiga pedas. Kompiden je.

Sambil Sambil duduk kat gerai tu pulak terpandang lah satu pokok herba. Perghhh baik utk kesihatan. Apa pun tengok je lah pokok tu.

Lebih kurang 7 minit lepas tu, sampai lah nasi gondrong tu. Tak cakap banyak terus kedarah. Laju je segala. Nasi ni memang best lah. Pedas tahap gaban. Menitik peluh standard aku. Nuar dan Badar pun senyap menikmati segala.

Memang peluh beb. Pedas. Pasni berak memang rasa minyak kapak keluar dari bontot.

Ini lah Nasi Gondrong, aku tak tau mana satu gondrongnya.
Nasi ni ada Nasi putih timum tempei digoreng nipis dan ayam masak kicap cili padi sekilo.


Ini pula sambal nya memang Pedas gila.
Tak tau lah org lain bila aku makan memang tahap bontot ko bila melabur macam kena cucuh lighter.

Pokok Herba Baik Punya.



Senyum Pait


Ini Gerainya.

Sila lah sapa nak makan Nasi Gondrong di Tawau bolehlah cuba makan kat kedai ni k. Thats All.

Monday, 6 March 2017

Jejak Menahan Sakit

Dari malam tadi mulanya kepala aku sakit. Tulang belakang aku bisa sangat termasuk pergelangan kaki. Bahu kiri pula aku tak tau kenapa tak dapat aku nak angkat. Dada pula menyucuk.

Ya lah ada masanya kita sihat dan ada masanya kita sakit. Yg penting panadol ada dan dah telan. Dengan berbekalkan minyak angin aku pun memperbaiki diri sendiri. Apa pon itu lah cabaran kerja.

Alhamdulillah pagi ni sakit sakit tu agak reda dan aku syukurlah sebab tangan kiri aku dah ok serta bisa di kaki dah hilang. Hari ini Nuar Pait akan ambik aku 0830hr. Sarapan dah sarapan cuma tinggal aku nak turun kerja saja. Pagi ni aku fokus pada apa nak buat lam air hari ni. Ya lah kumpulan kerja mcm aku ni tak lah dipandang tapi apa pon aku turun pagi ni hanya utk membela nasib org dgn ikhlas dan mencari rezeki halal. Harapnya apa aku buat Allah lindungi aku dan kawan kawan aku.

Dalam dunia ni tak juga kita boleh mengharap org faham kesakitan kita, apa yg harus kita buat hanyalah sentiasa pastikan org ceria dan gembira dgn ikhlas.

Siap sedia Mcm Biasa
Nuar Pait Ngan Aku 

Moga Apa kami usakan mendapat perlindungan dan Berkat Allah SWT. Amin

Jejak Tidur Tawau

Bangun Awal pagi, nasiblah ada buah hati sudi kejutkan. Aku bersiap sekejap saja, tapi yg menjadi lama tu hantar saham. Kelmarin dah makan banyak jadi biasalah hasilnya pun memberangsangkan.

Aku menginap disebuah hotel di Tawau, Hotel Emas namanya. Agak unik hotel ni. Apa yang unik pasal hotel ni adalah produk koko. Jika kita menginap disini, atas meja memang akan disediakan minuman koko yang mana merupakan hasil perusahaan tempatan. Sedap memang aku puji. Rasanya pemilik hotel sendiri yg menjalankan perusahaan produk koko ini. Dalam tandas pula syampoo dan sabun mandi juga dibuat daripada koko. Sarapan pula koko juga yg mana ada agar2 koko dan minuman berunsur koko. Tandas pula bersih. Bilik yang aku pilih adalah Standard Queen pada kadar RM120 semalam termasuk sarapan.

Hotelnya selesa dan bersih, dan kadar bayaran juga berpatutan. Wifi pula mables, memang laju. Boleh aku katakan hotel ini selasa dan ada kelebihan.


Agar Agar Koko utk sarapan

Minuman Coklat Jenama Hoko yg disediakan didalam bilik

Begitulah sedikit kisah Jejak Tidur Tawau. Kepada sesiapa yg singgah di Tawau cuba cuba lah tinggal kat hotel ni. Kebersihannya pada tahap yang meyakinkan.Tak ada bulu bulu keriting yg tertinggal kat katil atau tandas.
Jadi buat masa ni aku tak dapat nak cerita banyak sebab kepala pening sangat. Biasalah letih dan keletihan itu memerlukan kuak lentang yang cukup. Wassalam.

Saturday, 4 March 2017

Jejak Pait Di Tawau

04/03/2017, Pagi pagi aku dah whats app Nuar, jam 10 kita gerak ke Tawau ambik aku kat umah. Nuar standard lah ko ws dia tunggu ada line. Nuar ni glamour jugak, nick name Nuar Pait tah la ngapa memang sejak azali lagi aku kenal dia gelaran dia Nuar Pait. Gelaran tu mungkin sebab muka dia pait je kot. Barang semua dah siap dalam vigo tepat jam 1000hr kami bertiga pon bertolak ke Tawau.

Untuk perjalanan ini kami pakai jalan Kalabakan dari KK. Biasa org guna jalan lintas Kundasang dan Ranau, sebab ada tugas urgent tahap mega cakrawala ntah  apa aku tak tau maka kena pegilah kami. Seorang lagi Si Badar, ni yang paling muda lam office aku.

Masuk saja simpang Keningau Papar kami pun mula mendaki pakai Vigo, nama je vigo, tapi mcm tracktor sawit naik bukit. Nak di daki pulak banjaran crocker, elok la tu. Yg memandu pulak Nuar Pait. Apa boleh buat itu saja yg ada maka dgn amat bangganya gunalah jugak.

Tepat Jam 1210hr Kami pun sampai Keningau. Nuar dah sound lapar so singgahlah satu restoran nama Rahmat2.
Dua dua oder sup tulang urat keting segala. Aku pulak mee jawa. Sampai je makanan melantak la kami tapi aku masih merenung mee aku, tercari cari mana Jawanya. Pastu pulak abis makan kat kedai tu eh singgah pulak satu kedai lagi makan pau. Sedap jugak, Inti ayam, Pau Pak Ali namanya. Selesai je 3 biji pau maka kami pon teruskan perjalanan.

Dalam meneruskan perjalanan ada pulak topik Si Nuar, mungkin dia jemu kot dengar aku menyanyi, siaran radio pulak tak ada line tepon pon tak ada, ye lah mana tak cemburu nya suara aku bagai Anuar Zain jadi dia pun keluar lah topik kalau kami ni konon nya lintas kabus atas banjaran ni tiba tiba keluar dari kabus kami masuk ke zaman Hang Tuah, berapa punya mengarut daaa, so dia pon berangan konon nya dia jadi org penting istana sebab ada vigo zaman tu, perghh tah apa ideologi ko ni Nuar, aku pon layan jugak lah dah boring, perjalanan jauh lagi, jadi cite punya cite Si Badar pulak kata dia dilantik jadi hulubalang so aku pon menyampuk kau Badar tetap jadi Hamba Abdi hahahahaha ambik engkau. Siap kata konon kami bertiga ni penting lah sebabnya pandai bertutur bahasa Inggeris phuiiii .... bagus lah ku cakap kalau back tu the future tu pergi zaman Hang Tuah, kalau zaman purba tak ka kita jadi makanan..abis topic tu pulak bermacamlah cite Si Pait aku layan je lah Nuar, dari kita ni bosan jalan pon macam naik kuda.

Tepat Jam 1815hr kami sampai la Tawau, sampai ke tak ada lain carik nasik. Muka tiga2 dah berminyak semua keletihan mana tidak jam 1030hr bertolak sampai pulak 1815hr. Memang cepat pakai jalan kalabakan tu nak ke Tawau dari KK tapi risikonya jugak tinggi sebab line tepon tak ada, jalan pulak lobang mcm planet Marikh.

So nak dijadikan penyudah kami bertiga selamat sampai di Tawau. Jadi kalau nak ke Tawau pakai jalan Kalabakan pastikan semua kelengkapan cukup pada Kenderaan agar perjalanan kita selamat.
Wasallam..

Ini tempatnya di panjat Banjaran Crocker
Vigo Alfonso Alsemput
Pemandangan keliling

Pau Pak Ali
Keduanya muka lapo Layan sup urat keting

Tempat leh Camping
Nuar kencing

Ada air kencing Nuar Pait Disini

Perjalanan Berliku

Sampai Tawau

Wednesday, 1 March 2017

Jejak Menumbok

27/02/2017, Tengah mlm Bos call, ada kerja..Kena pergi Labuan. Tak cakap banyak aku whats app kawan aku Haslam bagi tau packing pegi Labuan.

Pagi pagi tu aku dah siapkan brg dan jumpa pulak kawan sorang lagi Sulaiman Aklaken mintak tolong dia hantar sebab emergency punya program. Nasib la ada orang orang baru leh la tlg charge tank selam. Mcm mcm gaya di tonyoh nya masa nak charge tank.

Siap je jam 1430hr kami bertiga pun bergerak menuju ke Menumbok. Menumbok ni nama tempat di Daerah Beufort Sabah. Tempat ini lah dimana org yg nak ke Labuan naik Ferri atau speed bot.  Kalau yang nak bawa kereta tu naik la ferri besar tu, kos dia RM 50 satu perjalanan,  pemandu pula tidak di charge. Bagi yg tidak membawa kenderaan pula kena lah bayar tapi tak la mahal tak silap RM5 je. Perlayaran ferri ni pula mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke Labuan. Pada org yg nak cepat pula mereka akan menggunakan speed boat dan kosnya kurang RM10 satu kepala dan tempoh masa sampai di Labuan lebih pantas dalam lebih kurang 20 minit kalau cuaca baik.

Tepat jam 1740 aku and the geng sampai Menumbok. Bot pulak dgn rakan sekerja yg bertugas di Labuan telah menunggu di Jetty untuk bawa kami ke Labuan. Selesai angkat barang semua kami pun pecut ke Labuan.

Dalam Sg Menumbok memang tenang saja bot meluncur laju dan apabila sampai je kat Kuala Menumbok disitulah kami mula berdansa. Ada yg joget Inang ada yg joget hip hop bermacam rupa. Ya lah, mana tidak, gelombang besar betul. Basah2 mandi air laut. Tapi biasalah kan, dah namanya org kerja kat laut ombak badai basah kering tu mainan harian semasa bertugas.

Masa perjalanan dgn bot pula setelah keluar dari Kuala Menumbok, dua Pulau akan di lalui dalam perjalanan. Pulau pulau tu pulak Pulau Daat dan Pulau papan. Masa lalu kat Pulau Daat haa disitu ada sedikit cabaran yg mana kita akan melalui kawasan berbatu. Hanya mereka yg mahir kawasan setempat sahaja yg akan lalu di kawasan tersebut. Maklumlan batu, silap sikit berenang renang la kita ketepian.

Tepat Jam 1810hr maka sampailah kami Ke Labuan. Pinggang aku macam kena pijak gajah perghh sakit naik kuda laut.
Siap angkat barang semua aku pun bawalah kawan kawan sekerja lama pegi minum di Restaurant Patani di Patau Patau Labuan. Kedai ni Red Warrior version haaa Bey makey apo bey? minung? haaa mcm tu lah lebih kurang. Restaurant ni masak sedap dan antara makanan paling digemari di Restaurant Patani ni Sup Tulang, nasi papprik, ikan masak 3 rasa dan mcm mcm lagi lah. Ada air buah juga yg besar gelasnya. Mcm aquarium, pecah perot beb.

Setelah selesai makan maka mula lah cari tempat tinggal. Maklumlah badan penat. Jumpa lah hotel Pulau Labuan 1, rate murah je RM99 standard queen. Boleh lah buat rehat2.

Pada keesokannya pulak semua bergerak ke tempat tugas. Dengan siap sedia bagai dgn ribut taufan nya maka menunggulah kat tempat kerja tu. Dari pagi sampailah Petang. Abis je terus packing balik. Balik pulak kena ribut, cam biasalah org laut, basah tu memey lee.

Sampai balik hotel perghh, sedap tol guling2. Mandi siap lepas tu memandangkan ada gerai2 depan hotel makanya hati pun nak berjalan. Lapo ada jugak. Jalan punya jalan maka jumpalah putu piring dgn putu bambu. Sedap tol sebab lama juga lah tak makan benda tu.

Abis je makan apa lagi balik bilik hotel, rehat secukupnya. Jam 2030hr Jack tepon, mana ko wan.. nah maka dia pon ambik aku kat hotel. Lama tak jumpa geng2 pancing Labuan, kenangan mcm mcm segala lawak jenaka masa mancing. Jack sampai je Eh Kurus nya kau wan? soalan pertama Jack hahahaha memang la kena kurus, kerja berat badan kena ringan hahaha.

So kami pon pegi Restaurant Patani lepak kat situ. Sorang sorang sampai. Samsul Crazy caster,@ Bumoh, Amir Crazy Caster, Awg Bubok dan sorang kwn baru. Si Bob pula kelaut tak sempat jumpa.

Borak mcm mcm kisah. Tau lah bila dah berjumpa mcm mcm la tajuk dan topik dikeluarkan. Borak punya borak mata pun dah kelat makanya balik lah pastu.

Sampai Hotel terus tido..So sapa nak jalan2 kat Labuan boleh juga banyak juga tempat nak singgah k. Pasal harga brg ni nilai sendiri .. Tak banyak cerita di Labuan jadi sini je lah kisah nya. Chau.