Tuesday, 14 March 2017

Jejak Senja Bahuan Crocker

Penugasan yg memenatkan, out station selama 9 hari di Tawau dan Sempurna. Aku, Nuar Pait, Badar dan Rasit dah menyusur Jalan Kalabakan ke Kenigau lebih kurang 5 jam. Sesampai saja di Keningau Si Pait tiba tiba je berhenti di Gerai tepi jalan, nak beli air katanya. Dengan tiba tiba berhenti dan belok aku tak fikir air yg di kejarnya. Sampai je gerai tu aku pun dah agak. Tiga sumandak dah ada beli barang depan gerai tu. Pait ngan Badar terus terjun, bukan keluar kereta lagi tapi terjun, Ya terjun,istilah dimana ko tak ambik masa banyak buka pintu terus beli air konon nya. Lantak kau la Nuar, itu je boleh buat mata ko sego.

Air pon soya je sebotol, lakon layar dia pulak perghhh, ya lah pasal benda ni memang lah anak buah ku pakar, beli air lah sangat. Aku pulak meluruskan pinggang, double cab jalan lobang lobang paham je lah.

Lepas je abis 'beli air', Kami pon mendaki crocker menuju Papar. Dalam perjalanan kami singgah di Pejabat Taman Banjaran Crocker, disitu memang agak sejuk, maklumlah tempat tinggi.

Pejabat Taman Banjaran Crocker

Disini kami berhenti seketika utk ke tandas. Sejuk sepanjang perjalanan memang menyebabkan rasa nak kencing tu tinggi.
Setelah selesai urusan kekencingan kami pun meneruskan perjalanan kami ke Papar. Dalam perjalanan ini kami singgah pula di satu resort bernama Dimie Pedalaman Resort.



Ini Resortnya.

Yang menarik pasal resort ni adalah kedudukannya menghadap Barat yang mana ia terletak di lereng yg tinggi serta berkedudukan setentang dgn matahari pada waktu ia hendak terbenam. 

Sampai saja disini aku suruh Nuar berhenti sekejap. Subhanallah. Bukan saja di dasar lautan, Segala isi bumi itu ada keindahan dan kecantikannya yg tersendiri. Inilah yg membuat aku terpesona semasa berada disitu.
Keindahan ini rezeki.

Matahari yg terbenam sedikit demi sedikit menenangkan jiwa melihatnya. Pada jalur barat ini ada juga yg menanti keindahannya disana.

Kami semua sibuk ambik gambar, macam pelancung la sangat. Yang ambik selfie si Badar sebab dia kata tepon dia je paling canggih. Apa apa lah Badar janji ambik gambar. Selepas sahaja selesai bergambar bagai kami pon teruskan perjalanan. Sejuk sungguh memang tak tahan.
Sesiapa yg nak pergi di sini tak lah jauh dari Papar. Cuma dalam 30 kilometer sahaja. Berbaloi. Tenang Fikiran bila berada disini.



Kamera Canggih Konok

Aku terpaksa jauh sikit sebab nanti nampak ganjil sangat kalau dekat2.Tengok muka Nuar tu, lambang kepahitan. Muka letih semua. 

Syukur lah walau kami keletihan dgn tugasan selama 9 hari dan perjalanan yg jauh, tugas yg mencabar, aku dapat rasa ketenangan melihat keindahan disini.

Setiap sesuatu didunia ini ada keindahannya serta kelebihannya yang tersendiri. Bergantunglah pada manusia yg menilainya. Perjalanan kehidupan itu memang pelbagai onak duri akan tetapi disitu juga segala kemanisan serta keindahan akan kita nikmati. 


No comments:

Post a Comment