27/02/2017, Tengah mlm Bos call, ada kerja..Kena pergi Labuan. Tak cakap banyak aku whats app kawan aku Haslam bagi tau packing pegi Labuan.
Pagi pagi tu aku dah siapkan brg dan jumpa pulak kawan sorang lagi Sulaiman Aklaken mintak tolong dia hantar sebab emergency punya program. Nasib la ada orang orang baru leh la tlg charge tank selam. Mcm mcm gaya di tonyoh nya masa nak charge tank.
Siap je jam 1430hr kami bertiga pun bergerak menuju ke Menumbok. Menumbok ni nama tempat di Daerah Beufort Sabah. Tempat ini lah dimana org yg nak ke Labuan naik Ferri atau speed bot. Kalau yang nak bawa kereta tu naik la ferri besar tu, kos dia RM 50 satu perjalanan, pemandu pula tidak di charge. Bagi yg tidak membawa kenderaan pula kena lah bayar tapi tak la mahal tak silap RM5 je. Perlayaran ferri ni pula mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke Labuan. Pada org yg nak cepat pula mereka akan menggunakan speed boat dan kosnya kurang RM10 satu kepala dan tempoh masa sampai di Labuan lebih pantas dalam lebih kurang 20 minit kalau cuaca baik.
Tepat jam 1740 aku and the geng sampai Menumbok. Bot pulak dgn rakan sekerja yg bertugas di Labuan telah menunggu di Jetty untuk bawa kami ke Labuan. Selesai angkat barang semua kami pun pecut ke Labuan.
Dalam Sg Menumbok memang tenang saja bot meluncur laju dan apabila sampai je kat Kuala Menumbok disitulah kami mula berdansa. Ada yg joget Inang ada yg joget hip hop bermacam rupa. Ya lah, mana tidak, gelombang besar betul. Basah2 mandi air laut. Tapi biasalah kan, dah namanya org kerja kat laut ombak badai basah kering tu mainan harian semasa bertugas.
Masa perjalanan dgn bot pula setelah keluar dari Kuala Menumbok, dua Pulau akan di lalui dalam perjalanan. Pulau pulau tu pulak Pulau Daat dan Pulau papan. Masa lalu kat Pulau Daat haa disitu ada sedikit cabaran yg mana kita akan melalui kawasan berbatu. Hanya mereka yg mahir kawasan setempat sahaja yg akan lalu di kawasan tersebut. Maklumlan batu, silap sikit berenang renang la kita ketepian.
Tepat Jam 1810hr maka sampailah kami Ke Labuan. Pinggang aku macam kena pijak gajah perghh sakit naik kuda laut.
Siap angkat barang semua aku pun bawalah kawan kawan sekerja lama pegi minum di Restaurant Patani di Patau Patau Labuan. Kedai ni Red Warrior version haaa Bey makey apo bey? minung? haaa mcm tu lah lebih kurang. Restaurant ni masak sedap dan antara makanan paling digemari di Restaurant Patani ni Sup Tulang, nasi papprik, ikan masak 3 rasa dan mcm mcm lagi lah. Ada air buah juga yg besar gelasnya. Mcm aquarium, pecah perot beb.
Setelah selesai makan maka mula lah cari tempat tinggal. Maklumlah badan penat. Jumpa lah hotel Pulau Labuan 1, rate murah je RM99 standard queen. Boleh lah buat rehat2.
Pada keesokannya pulak semua bergerak ke tempat tugas. Dengan siap sedia bagai dgn ribut taufan nya maka menunggulah kat tempat kerja tu. Dari pagi sampailah Petang. Abis je terus packing balik. Balik pulak kena ribut, cam biasalah org laut, basah tu memey lee.
Sampai balik hotel perghh, sedap tol guling2. Mandi siap lepas tu memandangkan ada gerai2 depan hotel makanya hati pun nak berjalan. Lapo ada jugak. Jalan punya jalan maka jumpalah putu piring dgn putu bambu. Sedap tol sebab lama juga lah tak makan benda tu.
Abis je makan apa lagi balik bilik hotel, rehat secukupnya. Jam 2030hr Jack tepon, mana ko wan.. nah maka dia pon ambik aku kat hotel. Lama tak jumpa geng2 pancing Labuan, kenangan mcm mcm segala lawak jenaka masa mancing. Jack sampai je Eh Kurus nya kau wan? soalan pertama Jack hahahaha memang la kena kurus, kerja berat badan kena ringan hahaha.
So kami pon pegi Restaurant Patani lepak kat situ. Sorang sorang sampai. Samsul Crazy caster,@ Bumoh, Amir Crazy Caster, Awg Bubok dan sorang kwn baru. Si Bob pula kelaut tak sempat jumpa.
Borak mcm mcm kisah. Tau lah bila dah berjumpa mcm mcm la tajuk dan topik dikeluarkan. Borak punya borak mata pun dah kelat makanya balik lah pastu.
Sampai Hotel terus tido..So sapa nak jalan2 kat Labuan boleh juga banyak juga tempat nak singgah k. Pasal harga brg ni nilai sendiri .. Tak banyak cerita di Labuan jadi sini je lah kisah nya. Chau.
No comments:
Post a Comment