Friday, 17 March 2017

Jejak Cuti Sekolah

Disebabkan hari ni aku cuti dan beberapa benda aku kena buat so aku pun taip la sikit kat blog ni. Ya masa cuti sekolah mcm ni memang bagi ibu bapa agak pening kerana masa ni lah yang berkejaya tengah pening fikir mana nak hantar anak masa cuti sekolah. Bagi yg dapat cuti ya lah tak la masalah sebab boleh melancong boleh duduk rumah dengan anak anak tak timbul masalah cari org jaga anak.

Apa pun bagi yang berkeluarga ini asam garam kehidupan. Nak tak nak kena buat juga. Yang cuti pon bukan sepenuhnya rehat tetapi kerja rumah tetap menanti. Masak, kemas rumah, cuci keta, longkang, potong rumput semua itu pasti menunggu. Org kebiasaan ini yang di hadapi semasa cuti sekolah. Tak semuanya boleh enjoy rehat dan sebagainya. Ada pun boleh la sekejap duduk resort bawa budak budak mandi laut, kolam renang dan sebagainya, apa org putih kata Quality time gitu ye dok.

Masa untuk sendiri sebenarnya memang kurang. Masa kerja dah satu hal bila cuti pula satu hal. Pengorbanan lah katakan. Apa pun buat saja selagi bernyawa. Penat memang penat tapi ada keseronokannya juga, ya sebab bagi aku masa sekarang memang kena betul bagi masa. Kerja kalau di lapangan bersama keluarga lain, tapi bila keluarga ke lain ko kelain, masa balik ko kena imbang lah penat bini tu. Org pempuan letih sian dia org, ko training cukup so ini juga gunanya training gedabak gedebuk, jgn tangkas di medan perang lembik di medan mahligai hahahah jgn marah bang. Apa kita mampu kita buat. Never say no. Bagi org2 yg High End pun sama gak. Ingat cuti tu cuti sangat ka. Masa tu lah business deal sana sini, ibu kelain Ayah kelain dan anak pula dgn pengasuh. Ibu bapa mcm ni bukan tak peduli anak bini tapi utk anak bini jugak dia org begitu.
Tak heran ini kehidupan sekarang.

Apa yg menjadi persoalan kita sekarang, perkembangan generasi akan datang. Anak anak tidak lagi main di bendang tak lastik burung tak mandi sungai, mandi pun sampai jadi kes lain pulak, semua dengan I Phone, Smart Phone, dan perphone pon dan tah apa pon. Budak umur 2 tahun tab dah kehulu kehilir, 6 tahun panggil soh makan boleh jadi hilang akal hanya kerana game boleh mengamuk tak tentu pasal. Apa dah jadi?. Ciptaan Yahudi memang lah selalu di persalahkan. Tapi kita juga yg beli bagi kan. So sekarang benda ini perlulah dipantau segera. Tengok lah kes kes sekarang, pelik pelik yg melibatkan remaja. Amat merisaukan. Kalau kita tak ambil tindakan segera takut kemudian hari kita menyesal pulak. Bukan tak bagi dia org kenal alatan canggih tapi kawalan sangatlah perlu. Lapangkanlah masa yg ada utk anak anak selagi ada peluang dan masa.

Ingatlah saya memesan diri sendiri dan pelawat blog ini. Biar kita letih sekarang, takdir akan datang biarlah baik baik dgn ada juga usaha kita. Wassallam.




Kolam Bebudak Pon Jadi.

No comments:

Post a Comment